Setiap Isnin - Ahad, Rabu Tutup
Kami mengambil cakna segala maklum balas pelanggan dan melakukan penambahbaikan sekiranya diperlukan. Kami bertekad memberikan anda:
Dengan air Teh Ais percuma. Kami buat penghantaran.
Menu istimewa untuk anda.
* N/A - Harga Mengikut Timbangan, tidak dibuka untuk tempahan secara atas talian
Ada ikan siakap, kerapu, bawal, kembung, cencaru, pari, dan lain-lain. Selain itu ada ketam, sotong, udang, lala dan pepahat. Kami akan memasaknya mengikut selera anda samada dibakar, tiga rasa, stim limau atau masak pedas. Cuba masakan telur masin dan butter di sini untuk udang, sotong dan ketam. Terdapat juga pelbagai masakan panas thai. Jika anda inginkan kelainan, anda boleh mencuba masakan kengsom atau tomyam kelapa.
SEMAK MENU KAMI
Alhamdulillah. Kami telah memulakan perniagaan di cawangan baru Restoran Mama Ikan Bakar & Masakan Thai di Taman Bangi, Kajang. Restoran ini lebih dekat dengan bandar Kajang, dekat dengan Lebuhraya Silk memudahkan kami untuk menyantuni para pelanggan sekitar Kajang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Cheras dan Sg Long.
Laman web ini dibina dengan harapan untuk memudahkan pelanggan membuat tempahan untuk makan di kedai, membungkus makanan atau penghantaran makanan secara terus dari kami (lingkungan 5km). Kami sedang berusaha untuk memastikan bayaran boleh terus dibuat di laman web ini untuk memberikan kemudahan dan penjimatan kepada pelanggan.
Kami sedang mencari pekerja restoran untuk bahagian dapur dan hadapan. Ada potongan KWSP, SOCSO, cuti bergaji dan manfaat lain. Mencari pekerja yang pembersih, boleh bekerjasama & mudah terima teguran. Pekerja yang berpengalaman dialu-alukan tetapi bukan syarat utama. Latihan disediakan. Sila hubungi mana-mana satu nombor cawangan kami.